Powered by Blogger.
RSS

Windows Server 2003




PENERANGAN : WINDOWS SERVER 2003

  1. PENGENALAN KEPADA WINDOWS SERVER 2003


Windows Server 2003 adalah sistem operasi keluaran daripada Microsoft.Ia dimajukan untuk menggantikan sistem operasi Windows 2000.Dari segi konfigurasi, terdapat beberapa perbezaan di antara kedua sistem operasi tersebut.Windows Server 2003 dikeluarkan bertujuan untuk menanding sistem operasi UNIX.Oleh itu, terdapatnya versi Windows Server 2003 yang dikeluarkan di atas platform 64 bit. Sekiranya ingin menggunakan Windows Server 2003 versi 64 bit,anda perlu menggunakan pemproses dari Intel Itanium 2 sahaja.


1.1    VERSI WINDOWS SERVER 2003


Terdapat enam pilihan sistem operasi Windows Server 2003.Perbezaan utama di antara setiap versi terletak pada jumlah maksima memori serta jumlah pemproses yang boleh digunakan.Selain itu,versi EnterpriseEdition 64 bit dan Datacenter 64 bit sahaja yang boleh memanfaatkan  ciri sistem operasi berasaskan 64 bit.Pemilihan sistem operasi bergantung pada: 

Jumlah Pemproses
Jenis pemproses
Memori
Clustering    

WINDOWS SERVER
2003
MEMORI
(RAM)
JUMLAH
PEMPROSES
PENERANGAN

Web Edition

2GB

2

-          Kegunaannya sebagai webserver
-          Tidak boleh digunakan sebagai Domain Controller
-          Mempunyai had maksima sebanyak 10 inbound smb.

Standard Edition

4GB

4

-          Kegunaannya adalah untuk organisasi sederhana besar
-          Boleh digunakansebagai Domain Controller,Web Server, File dan Print Server

Enterprise Edition
32 Bit

32GB

8

-          Ia boleh digunakan untuk 8 node cluster
-          Kegunaannya adalah untuk organisasi sederhana besar
-          Boleh digunakansebagai Domain Controller,Web Server, File dan Print Server.

Enterprise Edition
64 Bit (Itanium)


512GB

64

-          Ia boleh digunakan untuk 8 node cluster
-          Kegunaannya adalah untuk organisasi yang besar
-          Boleh digunakansebagai Domain Controller,Web Server, File dan Print Server.

Datacenter Edition
32 Bit

64GB

32

-          Minima pemproses yang diperlukan ialah 8 dan clustering dengan 8 node
-          Ia datang bersama dengan pembelian server dan tidak boleh dibeli berasingan (OEM)

Datacenter Edition
64 Bit (Itanium)

512GB

64

-          Minima pemproses yang diperlukan ialah 8 dan clustering dengan 8 node
-          Ia datang bersama dengan pembelian server dan tidak boleh dibeli berasingan (OEM)

Jadual 1 : Clustering Windows Server 2003


  1. PERSEDIAAN SEBELUM INSTALASI
            Sebelum anda memulakan instalasi, pastikan perkakasan (hardware) yang digunapakai memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh Microsoft.Anda boleh merujuk kepada senarai hardware atau dikenali sebagai “Hardware Compatible List (HCL)” yang terdapat di laman web http://www.microsoft.com/whdc/hcl/default.mspx Setiap hardware yang tersenarai disitu telah diuji dan diiktiraf stabil untuk digunapakai bersama sistem operasi Windows Server 2003.Masalah yang sering berlaku semasa instalasi seperti blue screen error atau crash kebiasaannya adalah disebabkan oleh penggunaan hardware yang tidak tersenarai di dalam halaman tersebut.

            Selaian dari itu, keperluan minima bagi sesebuah komputer ialah memori sebesar 128MB, pemproses selaju 133MHz dan harddisk bersaiz 1.25GB.Walaubagaimanpun untuk menginstall Windows Server 2003 anda digalakkan menggunakan komputer yang mempunyai memori sekurang-kurangnya 256NB, pemproses berkelajuan 550MHz dan harddisk dengan saiz 2GB.Maklumat lanjut mengenai persediaan sebelum instalasi boleh diperolehi dari menu Help yang terdapat di dalam Windows Server 2003.



Rajah 1. Skrin paparan Instalasi Window Server 2003


3.       TINDAKAN SETELAH SELESAI INSTALASI 


      Setelah selesai membuat instalasi Windows Server 2003, anda perlu melakukan beberapa instalasi lain bagi memastikan sistem operasi anda selamat dan tidak dijangkiti sebarang virus yang telah dikenalpasti.Berikut senarai instalasi yang perlu dilakukan:

Patch                      : http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/ms03-043.mspx
Anti Virus               :Pastikan instalasi adalah yang terbaru serta mempunyai update yang  diperlukan.

      Empat perkara di atas perlu dilakukan kerana terdapat pelbagai virus yang tersebar dengan meluasnya pada masa ini dan sememangnya ditujukan kepada Windows Server 2003. Diantara beberapa kategori virus yang telah dikenalpasti, mampu menyebabkan komputer anda bertindak shut down dengan sendirinya setiap beberapa minit.Oleh itu, sebelum anda melakukan sambungan kepada sebarang network anda dikehendaki melakukan keempat-empat perkara tersebut.



Rajah 2. Skrin paparan Instalasi Window Server 2003


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment